Kesan Pertukaran Agama Ibu Bapa Terhadap Status Agama Anak

Authors

  • Mohamed Azam Mohamed Adil International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia
  • Rafeah Saidon Universiti Teknologi MARA (UITM)

DOI:

https://doi.org/10.52282/icr.v8i3.182

Abstract

Dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, isu penentuan agama dan hak penjagaan kanak-kanak sering menjadi perbahasan apabila salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) memeluk agama Islam. Pemelukan agama Islam oleh salah seorang pasangan ini menjadi asas kepada pembubaran perkahwinan. Bagi pihak yang beragama Islam, ia akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah dan bagi pihak bukan Islam oleh Mahkamah Sivil. Tetapi sehingga pihak yang tidak memeluk Islam memfailkan petisyen perceraiannya di Mahkamah Sivil, perkahwinan itu dianggap kekal. Ini menyebabkan masalah kepada pihak yang memeluk agama Islam untuk memohon penceraian di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah hanya dapat merungkai perkahwinan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan perceraian itu kerana pihak yang tidak memeluk Islam tidak memfailkan perceraiannya di Mahkamah Sivil.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-07-15

How to Cite

Mohamed Adil, Mohamed Azam, and Rafeah Saidon. 2017. “Kesan Pertukaran Agama Ibu Bapa Terhadap Status Agama Anak”. ICR Journal 8 (3):400-419. https://doi.org/10.52282/icr.v8i3.182.

Issue

Section

Article

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>